Jumaat, 30 November 2012

Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan Satu 2013

Seramai 196 orang pemohon telah menduduki ujian lisan dan bertulis bagi kemasukan ke tingkatan satu 2013 bermula jam 9.00 pagi tadi. Terima kasih diucapkan kepada para waris yang sudi memilih sekolah ini untuk anak-anak mereka. Pihak sekolah memohon berbanyak maaf andainya terdapat sebarang kekurangan atau layanan yang tidak seberapa sepanjang ujian berlangsung. InsyaAllah, keputusan akan dikeluarkanpada hari Ahad, 9 disember 2012. Terima kasih.

Ahad, 25 November 2012

Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2013

Tarikh Tutup Permohonan: Jam 5.00 petang, hari Isnin, 26 November 2012

Tarikh Ujian : Sabtu, 1 Disember 2012 jam 8.30 pagi.

Tarikh Keputusan : 9 Disember 2012

Tarikh Akhir Pengesahan : 16 Disember 2012 

Khamis, 1 November 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Saadah AlDiniah AlIslamiah menganjurkan Kem Sahsiah Unggul murid pada hari Khmias, 1 November 2012 hingga hari Sabtu, 3 November 2012 bertempat di Dewan AsSaadah. Kem ini melibatkan seramai 80 orang pelajar tingkatan 2 dan 3.